Hashridz Murshim Hassim

Dato' Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim bin Hassim dilahirkan pada (1970-10-19) 19 Oktober 1970 (umur 49) di Kuala Lumpur.[1] Beliau terkenal sebagai salah seorang anggota kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Kumpulan Gersang yang berperanan sebagai pemain papan nada (keyboard). Walaupun Gersang diasaskan pada tahun 1981 dan menjadi artis rakaman pada tahun 1987, beliau hanya mula menganggotai kumpulan tersebut dalam album kedua Gersang berjudul Takdir yang dikeluarkan pada tahun 1988. Selain itu, beliau merupakan suami kepada ratu jazz Malaysia iaitu Datuk Shiela Majid.[2]

Hashridz Murshim Hassim

Pekerjaan Pemuzik, Pengarah Muzik
Pasangan Datuk Shiela Majid (k. 2003)
Anak Khadeja Zaireen Murshim (anak)
Khalefa Laila Murshim (anak)
Megat Abdul Majid Aziz (anak tiri)
Wan Nur Khaleda (anak tiri)
Tahun aktif 1988-kini
Nama lain Acis, Acis Gersang
Pengkarya berkait Kumpulan Gersang
Instrumen Keyboard
Syarikat rakaman Rahim Othman Production (ROP)
PMC / BMG
Warganegara Malaysia
Laman web http://instagram.com/hashridz
Kelahiran Hashridz Murshim bin Hassim
(1970-10-17) 17 Oktober 1970 (umur 49)
Kuala Lumpur
Genre Rock, Balada